Dua kanak-kanak hilang ditemukan selamat

KUALA SELANGOR – Dua kanak-kanak perempuan berusia 6 dan 8 tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Polis, Mohd Ambia Nordin berkata, polis menerima maklumat kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 6.30 petang.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku semasa dua kanak-kanak yang tinggal berjiran itu sedang bermain di taman perumahan berkenaan.

“Polis telah bertindak menjalankan siasatan segera sejurus menerima laporan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun Mohd Ambia memberitahu, kanak-kanak itu dijumpai semula pada hari sama sejam selepas dilaporkan hilang.

“Lokasi kanak-kanak itu dijumpai berhampiran kawasan rumah mereka dan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 369 kanun keseksaan dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian.

“Orang ramai adalah diingatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” tambah beliau.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak itu yang didakwa diculik lelaki menaiki sebuah kereta jenis Perodua Bezza di Jeram di sini.

Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan selamat selepas suspek didakwa menurunkan mangsa di taman berdekatan.

Related Posts

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting