Enam anggota Malbatt 850 cedera terkena serpihan letupan di Lubnan

PUTRAJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan enam orang anggota Malbatt 850-12 dan 850-11 cedera akibat terkena serpihan letupan rejim Zionis yang menyasarkan kenderan awam di Stadium Saida, Lubnan.

Menerusi kenyataan tersebut, satu insiden letupan telah berlaku pada pukul 1.54 tengahari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia, berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) dari Beirut ke Kem Marakah.

“Letupan tersebut telah menyasarkan sebuah kenderaan awam lain yang sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota Malbatt 850-12.

“Akibat kejadian tersebut, seramai enam orang anggota Malbatt 850 mengalami kecederaan iaitu lima anggota melibatkan Malbatt 850-12 mengalami pelbagai cedera ringan termasuk kecederaan di bahagian tangan (suspected closed fracture left arm) dan seorang lagi melibatkan anggota Malbatt 850-11 yang juga mengalami cedera ringan.

Tambah kenyataan itu, anggota yang cedera di tangan telah segera dibawa ke Hospital Hamood di Saida untuk mendapatkan rawatan oleh Pegawai Perubatan Malbatt 850-11.

“ATM akan terus memantau perkembangan situasi ini dengan rapi dan akan memaklumkan sebarang kemas kini berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

“ATM kekal komited terhadap tahap keselamatan dan kesejahteraan anggota dalam melaksanakan misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata kenyataan itu.

Pada 6 November , seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon yang membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil).

Kumpulan itu terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP) serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Untuk rekod, Malbatt 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam daripada Kementerian Pertahanan.

Related Posts

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

RAWANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan apabila Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

NARATIF yang menggambarkan ekonomi Islam seolah-olah dipinggirkan dalam sistem global perlu dilihat secara lebih objektif dan berpaksikan realiti semasa. Sistem ekonomi dunia hari ini tidak lagi beroperasi dalam kerangka ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM