Indeks PAKW lebih relevan ukur pendapatan, komitmen isu rumah

PUTRAJAYA – Pengenalan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) dilihat langkah yang holistik dalam memperkenalkan ukuran baharu bagi menilai keupayaan isi rumah dan individu untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Pakar ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kaedah pengkelasan pendapatan relatif yang lazim seperti B40, M40, dan T20 tidak bersesuai untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, ini kerana PAKW dibentuk dengan tujuan berbeza, khususnya mengkelaskan pendapatan isi rumah secara relatif bagi menilai kesebaran pendapatan oleh penduduk dalam sebuah negara.

“Mudahnya, PAKW ialah jumlah pendapatan yang anda (sebuah isi rumah) perlukan untuk membolehkan isi rumah anda mencapai tahap kehidupan yang wajar-selesa menepati jumlah tanggungan, umur, dan juga lokasi anda.

“Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga melaporkan PAKW untuk perkapita (purata untuk seorang). Cukup untuk memenuhi perbelanjaan bagi mengecapi kehidupan yang selesa,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Azlan berkata, terdapat keperluan PAKW diperinci dari segi perekonomian yang sebenar dan menepati kualiti kehidupan sebuah isi rumah serta individu sebelum digunakan bagi tujuan polisi untuk menentukan kumpulan sasaran.

“Adakah anggaran PAKW menggambarkan kehidupan yang sebenar? Secara umum, adakah RM1,423 sebulan mencukupi untuk seorang individu di bandar hidup dengan wajar? Pendapatan RM1,755 sebulan cukup untuk kehidupan di Kuala Lumpur?

“Sebaiknya aplikasi PAKW juga menyatakan anggaran pecahan untuk setiap komponen perbelanjaan yang diambil kira seperti sewa, makan minum, pengangkutan, kesihatan dan lain-lain komponen. Lebih mudah untuk kita menilai berbanding kehidupan yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (Minda-UKM) memaklumkan,
hasrat kerajaan untuk menghasilkan anggaran adalah baik namun wujud kelompangan menerusi maklumat yang diperoleh mencukupi atau tidak dalam mengira perbelanjaan diperlukan untuk kehidupan yang wajar.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata,
PAKW bukan sahaja perlu tepat pada datanya, ia juga perlu perekonomian yang betul dan pasti menepati kehidupan sebenar.

“Dalam konteks data, ianya hanyalah ‘matemathical’ berdasarkan kualiti data perbelanjaan isirumah yang ada pada Jabatan Perangkaan. Umumnya, rumusan terhadap kajian data tertakluk kepada kualiti data, seperti ‘Garbage In-Garbage Out’ atau GIGO.

“Bagus data yang dikumpulkan, baguslah PAKW yang dihasilkan. Saya yakin ehwal ini telah ditangani. Jabatan Perangkaan adalah agensi data rasmi negara. Kepakaran mereka diyakini,” katanya.

Terdahulu, DOSM menerbitkan laporan Indikator Kos Sara Hidup (KSH) 2023 sempena Majlis Ulang Tahun Jubli Intan ke-75 DOSM yang merangkumi 15 penerbitan termasuk Malaysia dan 14 penerbitan mengikut negeri serta Wilayah Persekutuan bagi tahun lepas.

Indikator KSH yang terdapat dalam penerbitan itu ialah PAKW dan Indeks Kos Sara Hidup (IKSH) dengan PAKW dianalisis berdasarkan perincian demografi meliputi ciri-ciri isi rumah, saiz serta lokasi.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, PAKW dibangunkan oleh DOSM adalah untuk memberi nilaian kos kehidupan wajar.

Related Posts

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

LENGGONG – Lembah Lenggong mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark, sekali gus melengkapkan dua pengiktirafan antarabangsa selepas status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diterima pada 2012. Pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

Sabah perketat kawalan industri pelancongan: ‘Task Force’ khas Semporna jadi ‘blueprint’ negeri

Sabah perketat kawalan industri pelancongan: ‘Task Force’ khas Semporna jadi ‘blueprint’ negeri

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Tiga gajah tempatan di zoo Jepun perlu dibawa balik

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia