DAP Sabah sedia teroka kerjasama parti lain di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU – Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah sentiasa bersedia meneroka ruang kerjasama dengan mana-mana parti di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah yang dijangka diadakan pada 2025.

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, pihaknya berpendapat konsep dan semangat Madani dalam Kerajaan Perpaduan harus diterapkan dan dimartabatkan di Sabah selepas PRN bagi memastikan kestabilan politik yang kukuh serta memberi fokus kepada pembangunan ekonomi Sabah.

“Perlu diingatkan, kepentingan rakyat Sabah harus diutamakan sebelum perbincangan mengenai gabungan politik dibuat dan kerana itu kini prioriti DAP Sabah adalah memfokuskan untuk terus berkhidmat dan bekerja keras demi rakyat Sabah.

“Kami setuju dengan kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, bahawa Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu menyelesaikan perbincangan serta rundingan dalaman terlebih dahulu sebelum memulakan rundingan kerjasama dengan mana-mana parti.

“Kami menyambut baik hasrat Ketua Menteri Sabah mengenai kerjasama antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi kestabilan politik Sabah dan kami menantikan mesyuarat jawatankuasa rundingan yang bakal diadakan untuk perbincangan lebih lanjut secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.

Related Posts

Sabah Electricity, PDRM perkukuh keselamatan elektrik anggota di lapangan

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah memperkukuh kerjasama meningkatkan kesedaran keselamatan elektrik dalam kalangan anggota polis di lapangan. Ketua Pegawai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baka lembu berkualiti mampu tingkat pendapatan penternak Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Penggunaan baka lembu berkualiti tinggi berpotensi meningkatkan produktiviti serta pendapatan penternak lembu pedaging di negeri ini, kata Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Kerjasama Malaysia-SpaceX perkasa capaian internet kawasan pedalaman – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Malaysia, Qatar senada mahu konflik Asia Barat dihentikan segera – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

Negara perlukan belia berilmu, bersemangat pikul tanggungjawab – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia, bukti kemampuan IPT negara – PM

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Kerajaan Negeri Sembilan seolah hilang hala tuju, PKR kritik kepimpinan MB UMNO

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99

Harga petrol tanpa subsidi turun, RON95 bersubsidi kekal RM1.99