Mahkamah Alor Setar dikejutkan dengan laungan ‘lawan tetap lawan’

ALOR SETAR – Mahkamah Alor Setar hari ini dikejutkan dengan laungan ‘lawan tetap lawan’ apabila seorang aktivis politik diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa untuk perintah untuk mendapatkan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini.

Individu tersebut tiba pada jam 9 pagi bersama dua lagi lelaki dengan berpakaian reman.

Ketiga-tiga suspek ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti konon bagi membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan reman selama empat hari sehingga 9 November ini terhadap tiga individu berkenaan.

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki yang berusia antara 30 hingga 50-an telah ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang pada Selasa dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Bedong dan di Pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal dipercayai kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 tunai daripada pendakwah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK