Video hina Islam: NGO gesa polis siasat

LAPORAN polis telah dibuat oleh Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat berhubung klip video seorang lelaki Cina yang menghina Islam.

Ketua Biro Politik Sekretariat, Shahbudin Embun berkata, video yang menggunakan nama akaun @TanChongRen di aplikasi TikTok telah mengeluarkan kata-kata kesat menghina Melayu dan Islam sekali gus menggugat kegusaran awam.

“Lelaki tersebut membuat rujukan di YouTube berhubung kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan begitu marah dengan mengeluarkan perkataan menghina Melayu dan Islam.

“Selepas meneliti video itu, saya mendapati ia berunsur menghasut, mengandungi ugutan jenayah, menggunakan perkataan jelik, mengapi-apikan isu agama, kaum dan institusi raja (3R) serta kesalahan bawah Akta Komunikasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahbudin berkata, pihaknya berharap supaya polis dapat menjalankan siasatan lanjut secara terperinci terhadap video yang berdurasi satu minit itu demi keselamatan dan keharmonian negara.

Tegasnya, tindakan keras wajar diambil termasuk mengarahkan klip video itu diturunkan dari semua aplikasi media sosial.

Tinjauan di aplikasi TikTok mendapati pemilik akaun berkenaan telah menetapkan akses terhad kepada pengikutnya sahaja namun ia dapat ditonton di saluran YouTube menggunakan nama yang sama.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan