Kartina teruskan ekspedisi, terbit empat lagi aplikasi dari puncak Kinabalu

KOTA KINABALU – Berpegang pada ‘Habluminallah dan Habluminannas’ iaitu hubungan baik kepada Allah SWT dan hubungan sesama manusia menjadikan Kartina Abdul Ghani, 53, terus yakin untuk meneruskan pendakian Gunung Kinabalu buat kali keenam sejak 16 Oktober lepas. 

Tenaga pengajar aplikasi mudah alih yang juga ibu tunggal anak lima itu bukan sahaja masih dalam ekspedisi menawan puncak tertinggi di Malaysia, malah kini berjaya menerbitkan empat aplikasi mudah alih. 

Empat aplikasi mudah alih yang telah diterbitkan di Gunung Kinabalu adalah mengenai Sabah iaitu Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah, Kalendar Perayaan dan Festival Sabah, Melawat & Melancong Ke Sabah serta Ucapan Salam dan Latar Telefon Sabah.

Kongsi Kartina, lima lagi aplikasi mudah alih yang disasarkan untuk dilancarkan akan diselesaikan sebelum menamatkan pendakian di puncak setinggi 4,095 meter itu yang dijangka pada 9 November depan. 

“Aplikasi mudah alih ini memang berkisar tentang Sabah dan dua aplikasi pula tentang Malaysia secara keseluruhannya sebab kita buat di Gunung Kinabalu.

“Sistem yang digunakan amat mudah iaitu sistem pembina Apps Master Builder (AMB) yang tidak memerlukan pengguna tahu mengenai koding ataupun pengaturcaraan komputer,” katanya kepada pemberita dalam sidang medianya  menerusi ‘Zoom Meeting’, pada Isnin. 

Mengulas mengenai cabaran, pengalaman dan detik terindah sepanjang pendakiannya adalah semasa pendakian ketiganya. 

“Sabah ketika itu dilanda taufan dan kami terperangkap semasa di kilometer 8 kira-kira 30 minit disebabkan cuaca ekstrem iaitu awan yang gelap, angin kencang, rasa sejuk, jarak penglihatan pun tiga meter dan pakaian basah kuyup.

“Walaupun keadaan berbahaya, saya dan ‘guide’ ada keyakinan dan masa itu juga saya dapat nampak kebesaran Allah SWT tapi kita ‘enjoy’ dan serah padaNya. 

“Alhamdulillah kami teruskan sehingga ke kilometer 8.5 dan terus turun kira-kira 40 minit,” ujarnya. 

Bercerita lanjut, Kartina berkata, perkara yang menginspirasinya untuk melakukan pendakian pada usia 53 tahun itu adalah untuk membuat suatu kelainan dan memberi inspirasi kepada wanita selain misi menawan Gunung Everest kelak.

“Saya buat sebab saya suka untuk buat kelainan dan mendaki lebih sekali adalah inspirasi kepada orang lain bukan sahaja wanita walaupun pendakian bukanlah setiap hari. 

“Mindset dan keyakinan apabila kita ada objektif dalam melakukan sesuatu dan harapan saya adalah Ekspedisi Gunung Everest dan buat buku yang boleh menginspirasi orang lain,” katanya. 

Jelasnya, sepanjang 21 hari dengan enam kali pendakian ke puncak Gunung Kinabalu beserta pelancaran empat aplikasi itu, Kartina bersyukur kerana mempunyai insan-insan hebat termasuk anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan penuh padanya dalam siri pendakian tersebut. 

Sementara itu, Penolong Pengurus Taman Bahagian Pengurusan dan Operasi Taman-taman Sabah, Julaimin Kamin berkata, Pusat Latihan Pendakian Aras Tinggi Gunung Kinabalu (HATC-Mt. Kinabalu) juga telah dibuka dan boleh menjadi pusat latihan kepada Kartina dan penggiat ekstrem lain. 

“Pusat ini telah lama dirancang kerajaan Negeri Sabah dan sehari selepas pendakian Kartina iaitu pada 17 Oktober pusat ini dibuka kepada orang awam.

“Secara keseluruhannya, latihan awal akan diberikan di Gunung Kinabalu sebagai satu pembiasaan kepada penggiat lasak ini mengikut prosedur yang ditetapkan sehingga pada akhirnya mereka boleh mendaki Gunung Everest.

“Permohonan boleh dibuat secara atas talian dan terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi,” katanya.

Related Posts

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

KERAJAAN Negeri Terengganu perlu menjelaskan langkah penyelarasan yang telah diambil bagi melindungi penduduk dan jalan raya berhampiran pesisir Kuala Nerus, ketika projek pengawalan hakisan pantai masih ketinggalan daripada jadual dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

KOTA BHARU – Samseng jalanan termasuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman lebih berat antaranya penjara apabila pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dikuatkuasakan mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar