Wan Ahmad Fayhsal tiada integriti, wajar digantung

KUALA LUMPUR – Penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan adalah hukuman yang wajar, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Machang itu boleh dianggap menghina Parlimen yang dinaungi oleh Majlis Raja-raja Melayu, selain mewujudkan penghinaan terhadap penjawat awam.

Naib Ketua Pemuda parti Amanah itu berkata, Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya bersikap matang dan berintegriti dengan mendapatkan sumber sahih dan tidak hanya bersandarkan surat layang dalam perbahasan Parlimen.

“Hakikatnya, dia tidak dapat membuktikan kesahihan maklumat dinyatakan dalam surat layang itu yang jelas fitnah dan adu domba untuk memburukkan penjawat awam,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Wan Ahmad Fayhsal digantung susulan tindakan Ahli Parlimen Machang itu membangkitkan isu sepucuk surat layang membabitkan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal dari Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mendapat sokongan 110 ahli Parlimen, manakala 63 tidak bersetuju menerusi undi belah bahagian, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Ammar menjelaskan, ini bukan kali pertama Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) melanggar etika Parlimen.

Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan hampir digantung enam bulan akibat memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai korup dan salah guna kuasa tanpa bukti.

Namun, Wan Saiful mengemukakan permohonan maaf atas tindakan berkenaan, menyaksikan usul menggantungnya ditarik balik.

“Angkatan Muda Harapan menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu menjalankan program khas bagi mendidik ahli Parlimennya lebih berintegriti dan tidak memfitnah sewaktu berbahas di Dewan Rakyat. Cukup-cukuplah menabur fitnah,” tegasnya.

Related Posts

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang