56 kes lebih muatan dikesan sepanjang Oktober di Perlis

ARAU – Sebanyak 56 kes lebih muatan direkodkan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sepanjang bulan Oktober ini.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, kesemua kes tersebut dikesan menerusi Ops Kenderaan Perdagangan yang dilaksanakan di laluan utama masuk dan keluar negeri Perlis.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 25,977 kenderaan dan 77 lori ditimbang bagi memastikan pematuhan undang-undang pengangkutan.

“Sebanyak 1,254 kenderaan dikenakan tindakan dan 2,130 saman dikeluarkan sepanjang operasi yang berlangsung dari 1 hingga 28 Oktober.

“Selain kes lebih muatan, sebanyak 64 pemandu lori turut disaring melalui ujian air kencing, dengan empat daripadanya disahkan positif dadah,” katanya semasa sidang akhbar di sekatan jalan raya Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini hari ini.

“Satu daripada empat pemandu yang positif dadah adalah pemandu lori, manakala tiga lagi adalah individu lain yang ditemui dalam kenderaan tersebut,” ujarnya.

JPJ Perlis turut menjalankan Ops Pewa Saman Tertunggak Kenderaan Thailand dalam tempoh yang sama.

Sebanyak 16 van Thailand dan 16 pemandu ditahan dalam operasi itu, dengan kompaun saman tertunggak berjumlah RM31,600 berjaya dikutip.

Dalam perkembangan berasingan, JPJ Perlis juga berjaya mengheret 103 pemilik syarikat pengangkutan dan pengendali berlesen kenderaan perdagangan ke Mahkamah Majistret Kangar atas kesalahan membawa muatan secara berlebihan.

Fatimah berkata, mereka didakwa di bawah Seksyen 57 (1)(b)(vii) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan pemandu membawa muatan melebihi had yang ditetapkan dalam permit.

“Mahkamah mengenakan denda antara RM5,000 hingga RM30,000 bagi setiap kesalahan, dengan jumlah keseluruhan denda mencecah RM751,500,” jelasnya.

Setakat ini, JPJ Perlis berjaya membuka 120 kertas siasatan bagi kesalahan membawa muatan secara berlebihan di bawah akta yang sama.

Related Posts

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

PENAMPANG – Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji