Anwar terima aduan infrastruktur SK Presint 16 perlu ditambah baik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima aduan daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 16 di Putrajaya berkenaan beberapa infrastruktur di sekolah tersebut yang perlu dibaik pulih dengan kadar segera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, aduan tersebut disampaikan kepadanya melalui Setiausaha Politiknya, Kamil Munim ketika mewakili beliau dalam pertemuan dengan salah seorang pelajar sekolah itu, Ummu Qaireen Muhamad Hanis.

Tegas beliau, aduan itu akan diteliti selaras dengan hasrat Kerajaan Madani mahu memastikan pendidikan sentiasa dimartabat bagi melahirkan generasi yang hebat dan memiliki sikap yang bertanggungjawab untuk berbakti kepada nusa dan bangsa.

“Belanjawan 2025 telah memberi fokus penting kepada pendidikan dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM64.1 bilion dengan RM2 bilion dikhususkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah di seluruh negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, Setiausaha Politiknya itu mewakili beliau bertemu Ummu Qaireen di SK Presint 16 yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-10 Jumaat lalu, pagi tadi.

“Kebetulan saya sempat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ bersama rakan-rakan adik Ummu Qaireen ketika saya makan tengah hari di Medan Selera Presint 16, Putrajaya tempoh hari,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, dalam kunjungan ke SK Presint 16, Kamil menggunakan kesempatan itu meninjau persekitaran sekolah dan beramah mesra bersama guru dan pelajar.

“Saya mendoakan anakanda Ummu Qaireen dan seluruh anak-anak pelajar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menyumbang kepada keluarga dan ummah, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar