RUU tahanan rumah tak terpakai kes profil tinggi seperti Najib – Ramkarpal

PENGGUBALAN akta baharu berkait hukuman tahanan di rumah tidak boleh terpakai dalam kes berprofil tinggi termasuk dalam kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menuntut kerajaan memberi jawapan dan jaminan Najib tidak akan mendapat keistimewaan tersebut melihat kepada dakwaan kesalahan yang sedang dihadapinya di mahkamah ketika ini.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan permohonan maaf Najib yang dibuat selepas kerajaan mengumumkan akan menggubal akta baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah dalam masa terdekat.

“Saya khuatir, saya bimbang sama ada undang-undang tahanan di rumah yang dicadangkan ini adalah digubal bagi tujuan untuk Najib.

“Sekiranya ia digubal untuk Najib, kita perlu faham bahawa kesalahan yang disabitkan terhadap beliau pada masa dulu adalah kesalahan yang amat besar yang telah menjejaskan hala tuju negara ini,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam pada itu, Ramkarpal yang juga seorang peguam menuntut penjelasan sama ada permohonan maaf daripada Najib baru-baru ini boleh dianggap sebagai tindakan menghina mahkamah.

Katanya, ia berikutan Mahkamah Tinggi esok bakal membuat keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan daripada 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jadi sekiranya seseorang itu memberi ‘public comment’ (komen umum) berkenaan dengan isu-isu yang dibicarakan dan diputuskan oleh mahkamah, bukankah ini merupakan penghinaan mahkamah?

“Adakah Najib telah melakukan satu perbuatan menghina mahkamah? Ini perlu diperjelaskan, saya selaku peguam mengambil berat tentang perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menyifatkan permohonan maaf yang dibuat Najib minggu lalu sebagai tidak relevan memandangkan kes mahkamah yang dihadapi beliau sudah bermula sejak lima tahun lalu.

“Pandangan saya, tiada apa-apa alasan atau sebab untuk permohonan maaf itu dibuat pada masa ini memandangkan kes itu telah bermula lima tahun lalu.

“Kenapa permohonan maaf tidak dibuat sebelum ini sekiranya ia merupakan permohonan maaf yang ‘genuine’ (ikhlas),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 berkata, kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Mengikut peruntukan akta itu, pesalah dikehendaki berada di tempat yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori