PDRM atur anggota, aset hadapi musim banjir

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan langkah proaktif bagi berdepan kemungkinan banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya telah mengatur persiapan termasuk kekuatan anggota dan aset untuk memastikan kesiapsiagaan dalam mengatasi MTL.

“Pihak polis telah mengadakan mesyuarat dan persiapan rapi dari segi kenderaan, bot, kekuatan pegawai serta anggota.

“Malah di Kelantan sahaja lebih 1,000 pegawai dan anggota yang bersiap sedia dan banjir bukan perkara baharu, sebaliknya kita sudah berdepan setiap tahun,” katanya selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi Perkep Kontinjen Kelantan.

Dalam pada itu katanya, PDRM juga menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan lain, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta yang terlibat bagi memantau keadaan cuaca dan memberikan amaran awal kepada masyarakat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini, menggantikan Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara pada 31 Ogos lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia masih berada dalam fasa peralihan monsun bermula 24 September lalu dan dijangka berterusan sehingga awal bulan depan, yang mengundang risiko banjir di beberapa negeri.

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen