Rodri dipilih penerima Ballon d’Or 2024

PEMAIN tengah sensasi Sepanyol dan Manchester City, Rodri diumumkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2024 selepas cemerlang bersama negara serta kelabnya.

Rodri yang berehat panjang akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) menewaskan pemain Brazil, Vinicius Jr dan pemain England, Jude Bellingham, kedua-duanya dari Real Madrid, untuk memenangi hadiah berprestij itu.

Beliau mengalami kecederaan pada lutut kanan ketika Manchester City seri 2-2 dengan Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, September lalu.

Rodri, pemenang kali pertama anugerah itu memainkan peranan penting dalam membantu The Citizens kendalian Pep Guardiola memenangi trofi EPL kali keempat berturut-turut pada musim lalu.

Dia juga dinobatkan sebagai pemain terbaik Euro Jerman 2024 tahun ini selepas membantu Sepanyol menjulang kejuaraan keempat negara Eropah berkenaan.

Rodri kelahiran Madrid berusia 28 tahun itu adalah pemain tengah pertama memenangi Ballon d’Or sejak Lothar Matthaus pada 1990 dan pemain Sepanyol ketiga yang diiktiraf selepas Alfredo Di Stefano (1957 dan 1959) dan Luis Suarez (1960).

“Saya tidak mempunyai media sosial, jadi orang ramai tidak begitu mengenali. Saya cuma seorang lelaki biasa.

“Saya menikmati sukan ini serta profesion saya. Dan saya cuba menjadi orang yang baik dan tenang,” ujar Rodri.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman