Peluang bekas anggota, penjawat awam miliki Perumahan Perwira Perak

TAPAH – Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak kini diperluaskan milikkannya kepada bekas anggota dan penjawat awam bagi memberi peluang kepada golongan ini turut sama memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana inisiatif Perumahan Perwira sebelum ini hanya terhad dan dibuka kepada permohonan daripada kalangan anggota polis dan tentera sahaja.

Kini, jelasnya, projek ini juga turut diperluaskan kepada anggota unit beruniform lain seperti bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bahkan bekas anggota serta penjawat awam turut layak memohon.

“Pembangunan melibatkan 596 unit rumah teres setingkat ini adalah inisiatif kedua daripada tiga projek khas untuk anggota perwira yang diselaras oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

“Ia dibina atas kawasan seluas 20.23 hektar dengan kos RM93 juta. Daripada jumlah itu, 64 peratus rumah diberikan kepada anggota beruniform sementara baki 36 peratus lagi kepada bekas anggota dan penjawat awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, Batang Padang, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin.

Ujar beliau, fasa pertama projek yang siap pada Julai lalu itu melibatkan pembangunan rumah teres satu tingkat, taman permainan dan kolam tadahan.

“Fasa kedua kelak akan melibatkan pembinaan 10 unit kedai untuk menyokong komuniti setempat. Saya dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah antara RM149,000 sehingga RM160,000 yang mana ia berpatutan berbanding dengan harga rumah yang ditawarkan di luar iaitu sekitar RM250,000.

“Selain harga bergantung kepada setiap keluasan unit, semua rumah berkenaan turut dilengkapi dengan jubin seramik. Selain selesa ia juga mampu untuk dimiliki,” katanya.

Mengulas berkaitan Program Baiti Jannati, Saarani berkata, inisiatif yang digerakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama LPHP itu bertujuan membuka peluang kepada golongan asnaf untuk memiliki kediaman sendiri.

“Sebelum ini, pemohon perlu mempunyai rumah sendiri, baharu layak untuk menerima bantuan bina rumah oleh TNB.

“Sekarang, program ini telah terbuka kepada pemohon yang tidak memiliki tanah. Usaha ini berobjektif untuk membuka peluang kepada golongan asnaf yang layak agar turut berpeluang memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Seramai lima keluarga asnaf yang layak telah terpilih untuk menerima rumah di bawah program ini. Dua unit rumah disediakan di Taman Seri Selinsing, Daerah Kerian, dan tiga lagi di Taman Emas Bidor, di Batang Padang.

“Bagi membiayai pembelian rumah-rumah ini, TNB telah memperuntukkan sebanyak RM450,000 sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam tanggungjawab sosial korporat,” tambah beliau lagi.

Difahamkan, setakat ini terdapat tujuh projek Rumah Pewira yang diselaraskan LPHP iaitu tiga di Batang Padang, sementara masing-masing dua di Perak Tengah serta Manjung.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari