KPDN Perak laksana 35 program Jualan Rahmah seluruh negeri sempena Deepavali

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melaksanakan sebanyak 35 program Jualan Rahmah yang sedang berlangsung bermula 26 hingga 30 Oktober melibatkan lokasi terpilih di seluruh Perak sempena perayaan Deepavali.

Menurut Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, antara lokasi yang terlibat di Ipoh kuhususnya adalah di Pasir Pinji, Keranji dan Simpang Pulai yang menyediakan barangan tertentu pada harga berpatutan.

“Semperna sambutan Deepavali yang bakal hampir ini, pihak KPDN Perak telah mula melaksanakan 35 program Jualan Rahmah di seluruh Perak sejak 26 Oktober lalu sehingga 30 Oktober ini.

“Antara lokasi yang akan terlibat di Ipoh adalah Pasir Pinji, Keranji dan Simpang Pulai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Aeon Station 18, di sini pada Isnin.

KPDN Perak juga, ujarnya, akan melaksanakan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi memastikan tidak berlaku ketidakpatuhan peraturan oleh para peniaga.

“Kita (KPDN Perak) mempunyai 169 penguat kuasa dan 70 Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang akan melaksanakan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan di lokasi strategik seperti pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah.

“Pendekatan ini membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tindakan segera dapat diambil terhadap pengguna sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” ujarnya.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah SHMMP Deepavali 2024 melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Mengulas lanjut, Kamalludin memaklumkan, hampir dua juta rakyat di Perak telah menikmati manfaat daripada program Jualan Rahmah yang diperkenalkan KPDN sejak tahun lalu sehingga hari ini.

Sepanjang tempoh itu sebanyak 1,202 program jualan dilaksanakan dengan nilai jualan berjumlah RM64.18 juta telah direkodkan setakat 28 Oktober melibat diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Jelas beliau, menerusi program itu, seramai 800,754 menerima manfaat pada tahun lalu dan jumlahnya meningkat kepada 1.065 juta orang setakat 28 Oktober.

“Sehingga hari ini (28 Oktober) sebanyak 694 PJR diadakan berbanding tahun lalu sebanyak 508 iaitu peningkatan sebanyak 36 peratus.

“Manakala jumlah penerima manfaat atau jumlah pengunjung pada tahun ini sebanyak 1.065 juta berbanding tahun lalu 800,754 orang,” terang beliau.

Tambah beliau lagi, bagi nilai jualan barangan program Jualan Rahmah adalah sebanyak RM44.23 juta setakat 28 Oktober berbanding RM19.95 juta diperoleh pada 2023.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari