KPA turut berperanan sebagai platform laksanakan strategi pengairan efisien

BACHOK – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menjalankan Pelaksanaan Indeks Penandaarasan Kebangsaan untuk Kumpulan Pengguna Air (My KPA) bertujuan untuk menilai dan mengukur prestasi KPA di seluruh negara.

Menurut, Datuk Seri Mohamad Sabu, kerajaan berhasrat supaya KPA berperanan dalam mengambil tindakan segera ke atas setiap masalah oleh petani dalam setiap skim pengairan.

Katanya, pelaksanaan program MyKPA akan memberi pengiktirafan secara formal kepada Kumpulan Pengguna Air yang berpotensi tinggi.

“Prestasi berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah dibangunkan yang memfokuskan kepada aspek
Penginstitusian, Pengurusan Air, Pengurusan Kewangan dan Model Perniagaan.

“Apabila kerajaan melihat sesuatu KPA itu sudah teguh dan mampu berdikari, tanggungjawab operasi dan penyelenggaraan boleh dipindah secara berperingkat kepada KPA atau petani di peringkat pengurusan tali air,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah kepada Kumpulan Pengguna Air (KPA) IADA Kemasin Semerak 2024, di sini, hari ini.

Watikah turut disampaikan kepada 48 Ketua Tani KPA yang melibatkan Daerah Bachok dan Pasir Puteh.

Penyampaian watikah adalah pengiktirafan kepada usaha KPA dalam memastikan pengurusan sumber air yang berkesan dan mampan bagi meningkatkan hasil pertanian sera menjamin ketersediaan bekalan makanan.

Bagaimanapun, KPA turut berfungsi sebagai platform bagi pengguna untuk bersuara, bertukar pandangan, dan bekerjasama dalam merancang serta melaksanakan strategi pengairan yang efisien.

Selain itu, ia juga merupakan platform bagi menjana pendapatan tinggi dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Related Posts

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

PUTRAJAYA – Beberapa hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69, persiapan pelbagai acara semakin rancak, termasuk persembahan ‘human graphic’ yang membabitkan pelajar sekolah. Apa yang menarik perhatian, pelajar terbabit dikatakan sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Aksi beberapa bapa mendukung anak masing-masing bagi membolehkan mereka menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini, menarik perhatian orang ramai. Dalam kesesakan pengunjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme