PMX ibarat baiki rumah pusaka

SESETENGAH pihak selalu kata, “Apa PMX buat? Setakat ini satu apa pun tak nampak hasil.”

Sadis betul tanggapan itu. Kalau itu jugalah yang ada dalam fikiran anda, sila baca analogi (kias ibarat) ini:

  1. Mentadbir negara dalam keadaan banyak hal rosak teruk samalah seorang ayah membaiki rumah pusaka yang dimakan anai-anai.
  2. Sang ayah yang kekurangan kelengkapan terpaksa ajak anak-anak balik kampung, ikat perut membaiki rumah.
  3. Pada awalnya, sang ayah sangka kerosakan tidak seteruk yang dilihat. Sebab itulah dia janji nak beli aiskrim sebelum mula bekerja dan selepas kerja mahu ajak anak-anak berkelah tepi sungai.
  4. Malangnya, kedua-dua janji itu tidak dapat ditunaikan dalam waktunya kerana kos baiki rumah dan masa bekerja perlu diberi keutamaan.
  5. Akibat perubahan itu, seorang dua sang anak memberontak. Kerja sang ayah diganggu. Adik-beradik lain dihasut. Yang terpengaruh itu mula menjolok tubuh ayah yang berada di bahagian kerangka atap. Ada pula yang buat bising – buli dan pukul adik-beradik yang taat akan sang ayah.
  6. Atas sifat penyayang, sang ayah cuba bertenang; tidak ambil tindakan keras; mengharapkan semua anak bekerjasama siapkan pembaikan rumah pusaka itu.
  7. Yang taat terus taat tapi anak yang degil terus buat perangai. Difitnahnya sang ayah ada penyakit mental, pilih kasih, mungkir janji, penipu, tak faham keperluan anak, pada hal sang ayah sendiri pun tak bersarapan mewah apatah lagi hisap vape, atau beli itu ini untuk keperluan sendiri.
  8. Yang dipentingkan sang ayah, membaiki kerosakan rumah pusaka.
  9. Apabila sang ayah tahu ada orang (saudara-mara dan jiran) curi barang asal dalam rumah, sang ayah cuba buru penjahat itu. Malangnya sebahagian sang anak kata ayah kaki dendam – sengaja nak cari alasan tidak tunaikan janji.
  10. Sang anak tadi malahan berpakat pula dengan penjahat tadi (hantar teks whatsapp dan gambar kepada mereka) cara nak lawan sang ayah.
  11. Ketika diadakan mesyuarat khas masa rehat baiki rumah, sang anak derhaka itu bukannya beri idea membina sebaliknya sibuk ulas isu remeh seperti cara ayah bercakap, bau ketiak ayah, dan sebagainya. Mereka kutuk sang ayah dan suruh ayah berhenti baiki rumah, serah tugas itu kepada penjahat tadi.

Pengajaran:
Adakah anda reda (setuju dan rela) semua itu berlaku kepada anda sebagai seorang ayah?

Jawablah sejujur-jujurnya!

Related Posts

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

PUTRAJAYA  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak. Bahagian Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anak muda kini kembali yakin bersama UMNO – Asyraf Wajdi

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Anwar pengerusi mesyuarat MTPMA63, lawat PPS Kampung Numbak

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan