PRK Nenggiri: Azmawi Fikri Abdul Ghani calon BN

KOTA BHARU – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon mewakili BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaacub berkata, keputusan itu telah dibuat selepas berbincang serta dibuat secara kolektif dan telah bersetuju selepas senarai nama calon dikemukakan.

Katanya, pemilihan Mohd Azmawi, 38, diputuskan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sokongan daripada kepemimpinan UMNO Gua Musang serta akar umbi.

“Kita telah meneliti senarai calon yang dikemukakan oleh pimpinan UMNO Bahagian Gua Musang dan saya difahamkan ia dibuat secara kolektif serta selepas berbincang dengan pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

“Maka, Datuk Seri Presiden, telah membuat keputusan untuk memilih salah seorang dari tiga calon tersebut untuk mewakili Barisan Nasional dari parti UMNO di dalam Pilihan Raya Kecil DUN N.43 Nenggiri yang bakal diadakan nanti,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, menyedari PRK Nenggiri bukan perkara mudah namun pihaknya berjanji akan berusaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan.

“Oleh itu, kita merayu pengundi DUN Nenggiri, tidak kira di mana berada supaya memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO.

“Justeru, saya berharap seluruh pimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sama-sama dapat memikul tanggungjawab besar yang diberikan ini.

“Moga dengan berkat doa dan restu kita semua, keazaman dan kerja kuat semua pihak, insya-Allah akan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi dalam DUN Nenggiri seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kejayaan dalam PRK ini, demi masa depan serta pembelaan kepada rakyat DUN Nenggiri khususnya dan tidak terkecuali rakyat di Gua Musang amnya,” katanya.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta. Pengarahnya, CP Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX