Kerana mulut, Wan Ahmad Fayhsal binasa

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beliau menerima surat layang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan penjualan saham MAHB dan secara terbuka menamakan individu terbabit, akhirnya memakan diri.

Beliau digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini. Keputusan itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Usul penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) dan Azli Yusof (PH-Shah Alam) membahaskan usul sambil dicelah beberapa Ahli Parlimen.

Pada sesi penggulungan usul, Azalina berkata, ketetapan perlu dibuat bagi mengelak budaya buruk dalam kalangan Ahli Parlimen, yang berkongsi perkara tidak sahih dalam Dewan.

“Kita ini bertanggungjawab. Jika kita rujuk dokumen sahih, saya yakin kerajaan tidak ada masalah tapi jangan kita pakai surat layang sebab kita akan membuka ‘floodgate’, semua dalam Dewan guna surat layang. Tanggungjawab kita buat undang-undang, bukannya tuduh ikut surat layang yang orang hantar,” katanya.

Tidak cukup dengan surat layang, Wan Ahmad Fayhsal juga melanggar satu lagi peraturan apabila menyebut pegawai atasan KWSP yang merupakan pegawai kerajaan.

Mengikut peraturan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen tidak dibenarkan menyebut kelakuan atau sifat pegawai kerajaan, selain dalam menjalankan urusan sebagai pegawai kerajaan.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak