Organisasi media berhak tutup ruangan komen

KUALA LUMPUR – Penutupan ruangan komen di akaun agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah hak organisasi itu sendiri.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menafikan beliau pernah mengeluarkan arahan, sebaliknya berkata, organisasi media boleh mengambil kaedah yang dirasakan perlu dalam dalam menyekat dan mengawal komen pembaca.

“Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021, yang menyatakan platform tersebut bertanggungjawab atas komen-komen yang dimuat naik, jadi saya sarankan kita berhati-hati,” katanya.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Dewan Rakyat melontarkan soalan kepada Menteri Komunikasi mengenai ruangan komen akaun media sosial agensi media seperti Bernama yang ditutup dan kaedah mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan berkaitan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak