Kadar kenaikan hutang lebih rendah, kerajaan mampu kawal defisit fiskal

KENAIKAN hutang kerajaan juga harus dilihat dengan kemampuan Putrajaya mengawal defisit fiskal pada kadar sekitar 4 hingga 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kadar itu lebih rendah berbanding 5 peratus atau RM91.4 bilion direkodkan tahun lalu.

Pakar ekonomi, Dr Barjoyai Bardai berkata, kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion setakat April berbanding RM1.17 trilion pada hujung tahun lalu tidak harus menjadi polemik tanpa mengambil kira faktor lain.

Ahli akademik dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia itu berkata, jumlah terbabit sebenarnya dalam kawalan anggaran menerusi Belanjawan 2024 selain pada masa sama kerajaan turut melaksanakan pelbagai strategi untuk terus mengurangkannya.

Menurut Barjoyai, strategi itu termasuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu yang menyaksikan harga runcit bahan api itu di Semenanjung Malaysia diapungkan.

Namun, sektor pengangkutan awam dan pengangkut barang terus menikmati bantuan untuk mengurangkan kesan kenaikan terutama kepada pengguna selain bantuan bulanan RM200 disalur kepada pengguna kenderaan persendirian serta petani dan pekebun yang layak.

“Kerajaan dilihat bersungguh-sungguh cuba mengurangkan defisit fiskal salah satunya dengan melaksanakan strategi itu.

“Keadaan ini mewujudkan suasana penerima manfaat apabila kerajaan dapat berjimat RM4 bilion setahun yang hasil itu dikembalikan untuk kesejahteraan orang ramai,” katanya seperti dilaporkan oleh FMT.

Barjoyai berkata, lebih banyak penjimatan akan diperoleh jika kerajaan memperluaskan penyasaran subsidi seperti petrol RON95 yang dibuat bagi memastikan golongan berkelayakan seperti B40 terus menikmati bantuan tunai serta program meningkatkan pendapatan.

Mengikut jawapan bertulis Kementerian Kewangan (MoF) di laman sesawang Parlimen, kerajaan komited mengekalkan trajektori konsolidasi fiskal dengan defisit pada 2022 merekodkan 5.6 peratus KDNK (RM99.5 bilion) kemudian berkurangan 5.0 peratus (RM91.4 bilion) pada tahun berikutnya.

Sementara itu, defisit fiskal pada 2024 diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.

Jelasnya, usaha itu mampu menambah baik kedudukan kewangan awam seterusnya mengurangkan beban hutang dalam jangka sederhana dan panjang.

MoF turut menjelaskan bagi tempoh Januari hingga April 2024, kerajaan telah membuat pinjaman kasar berjumlah RM70.5 bilion meliputi terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia sebanyak RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (RM34.5 bilion) dan bil Perbendaharaan (RM6 bilion).

Terimaan pinjaman ini digunakan untuk membayar hutang matang sebanyak RM20.6 bilion dan baki RM49.9 bilion bagi menampung defisit dalam tempoh tersebut serta hutang yang akan matang.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok