Ipoh bergegar: Tiada latihan letupan PGA atau kuari, polis siasat punca gegaran

POLIS Perak sedang menyiasat insiden mengenai bunyi letupan dan gegaran di Ipoh perak pada pagi Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh sekitar jam 11.06 pagi Isnin.

Menurut beliau, hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini.

“Selain itu, semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mendapati tidak terkesan sebarang aktiviti seismik di Daerah Ipoh susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada 11.24 pagi tadi,” jelas Azizi dalam kenyataan media.

Justeru beliau memaklumkan, polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pusat kawalan Kontinjen Perak di talian 05- 2451119 atau 05-2451073.

“Orang ramai juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” ujarnya.

Terdahulu media melaporkan, satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat sehingga menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk bandar raya berkenaan.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan