Indonesia kekal rakan strategik Malaysia

DATUK Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto yang secara rasmi telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia.

Perdana Menteri memberi komitmen akan terus menjadi rakan strategik kepada Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara.

Anwar menzahirkan rasa gembira kerana dapat hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

“Saya hadir dalam majlis yang penuh bermakna dan penting ini dalam konteks tinta sejarah demokrasi Indonesia serta perkembangan politik serantau selain sebagai tanda penghormatan buat bangsa Indonesia.

“Insya-Allah, Malaysia akan terus menjadi rakan strategik Indonesia selain meningkatkan jambatan rasa dan ikatan persahabatan kedua negara bersaudara ini.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden RI ke-7, Bapak Joko Widodo atas sumbangan dan kerjasama yang beliau terus hulurkan kepada Malaysia sepanjang beliau menjadi Presiden mulai 20 Oktober 2014 hingga 20 Oktober 2024,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Prabowo melalui perjalanan politik yang panjang dengan segala tantangan dan mehnah yang dilalui.

Anwar yakin Prabowo akan berkhidmat sepenuh hati serta akan turut sama dengan Malaysia membangun kerukunan dan mengangkat martabat dan harkat rantau ini ke tingkat yang lebih baik.

Related Posts

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa AI jejas peluang kerja tidak tepat

KUANTAN – Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman yang menggugat peluang pekerjaan rakyat, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti industri negara. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman