Kolej Komuniti sedia tawar kursus berkaitan AI

PENGUASAAN teknologi kecerdasan buatan (AI) , Internet Pelbagai Benda (IoT), keselamatan siber dan robotik menjadi fokus utama bagi memenuhi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di kolej komuniti di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata, langkah itu diambil dalam usaha memastikan kursus ditawarkan lebih relevan mengikut peredaran masa.

“Kita akan mengkaji serta menyesuaikan semula kursus sedia ada dengan kursus baharu yang lebih ‘trending’ bagi menarik lebih ramai golongan muda memasuki Kolej Komuniti.

“Namun begitu pada dasarnya kita akan meneruskan kursus sedia ada yang sesuai bagi mematuhi keperluan masyarakat setempat.

“Sebagai contoh di Jerantut kita menyediakan kursus teknologi akuakultur dan teknologi pemprosesan makanan sesuai dengan komuniti setempat di sini,” katanya selepas merasmikan Aquaria Kolej Komuniti Jerantut dekat Jerantut, Pahang.

Aquaria pertama itu mempamerkan pelbagai jenis ikan sungai, paya dan ikan hiasan untuk aktiviti pembelajaran pelajar dan kunjungan orang ramai.

Mohd Zahari berkata, daerah Jerantut, Temerloh dan Lipis adalah pusat pengeluaran ikan patin sangkar utama di Pahang dan kursus teknologi akuakultur dapat memenuhi keperluan industri perikanan tempatan malah ramai bekas pelajar kolej itu turut serta mengusahakannya.

Mengulas peratusan pelajar baharu yang mendaftar di 105 kolej komuniti di seluruh negara, Dr Mohd Zahari berkata, faktor lokasi dan ekonomi setempat menyebabkan ada yang kurang berminat meneruskan pembelajaran.

“Di setengah tempat didapati anak muda lebih berminat bekerja sementara untuk mendapat duit dengan cepat dan ada juga yang lebih suka menjadi penghantar barangan atau makanan atau menjual burger.

“Kolej komuniti ini sebenarnya memberi peluang kepada remaja dan belia meneruskan minat dengan mengikuti kursus jangka pendek selaras dengan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diperkenalkan untuk menggalakkan orang ramai mencari ilmu berterusan,” katanya lagi seperti dilapor Berita Harian.

Mohd Zahari berkata, setiap tahun, program PSH di 36 politeknik dan 105 kolej komuniti menarik minat hampir 200,000 remaja dan belia mengikut pelbagai kursus ditawarkan.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan