Tragedi bot regatta karam, 5 mangsa disahkan meninggal dunia

KUCHING – Sebuah bot yang sedang menjalani latihan regatta di Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa pada Jumaat karam.

Dalam insiden yang melibatkan 16 orang peserta tersebut, hanya 11 berjaya menyelamatkan diri, manakala lima lagi gagal dikesan.

Kesemua mangsanya kemudiannya ditemukan dan disahkan meninggal dunia setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Lima mangsa tersebut adalah Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23 tahun.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang.

Pasukan bomba tiba ke lokasi kejadian pada 4.27 petang dan memulakan operasi SAR yang diteruskan sehingga hari ini.

Dalam operasi SAR hari ini, pasukan penyelamat telah memulakan operasi seawal 6 pagi dengan menggunakan dua bot bomba.

Pada jam 6:40 pagi, pasukan penyelamat melaporkan bahawa tiga mangsa telah ditemukan berhampiran kawasan Barrage Sarawak.

Dua mangsa lagi ditemukan pada 6:16 pagi, dan satu lagi mangsa ditemui pada 6:40 pagi.

Operasi terus giat dijalankan dengan bantuan daripada Sarawak Coastguard yang berjaya menemui seorang mangsa pada 7:07 pagi, dan bantuan dron yang menemui mangsa terakhir pada 7:09 pagi.

Operasi penyelamatan ini melibatkan pelbagai agensi lain selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Khas Polis Marin (Marin), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Unit Khas Pasukan Sarawak (UKPS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan pelbagai pertubuhan komuniti tempatan yang turut sama membantu dalam usaha pencarian dan penyelamatan.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar