Belanjawan 2025: PM umum cukai 2 peratus ke atas pendapatan dividen lebih RM100,000

KERAJAAN bercadang untuk memperluaskan asas cukai secara beransur-ansur dengan memperkenalkan cukai 2 peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 untuk pemegang saham individu, mulai tahun taksiran 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan demikian semasa membentangkan Bajet 2025 (Belanjawan 2025) di Parlimen hari ini.

Anwar berkata, inisiatif ini bertujuan mempelbagaikan sumber cukai pendapatan bagi memastikan hasil tidak semata-mata bergantung kepada sumbangan daripada penerima gaji.

Katanya, ia termasuk pendapatan daripada pemilik syarikat dan individu yang mempunyai pegangan saham yang besar.

“Kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

“Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), amanah saham di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan