Pantau rapat polis hidup mewah lebihi kemampuan, saringan urin kekang salah laku – KPN

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan penyeliaan secara pemantauan rapat dilaksanakan dengan lebih berkesan terhadap pegawai dan anggota polis yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menggesa, pelaksanaan ujian saringan awal urin dilakukan secara berkala bagi memastikan semua anggota polis bebas daripada dadah.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan susulan trend pembabitan pegawai dan anggota polis dalam salah laku jenayah, dadah dan disiplin dilihat semakin meruncing.

“Saya tidak akan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang terbabit dalam salah laku sehingga memberi imej yang buruk kepada pasukan.

“Paling mengecewakan sekarang, pegawai polis bukan saja gagal dalam penyeliaan, malah ada yang turut sama terbabit dalam kes jenayah, seperti kes terkini apabila seorang Asisten Superintendan bersama enam pegawai rendah polis ditahan kerana melakukan pemerasan dan cabul ke atas seorang wanita ketika siasatan kes narkotik.

“Jadi, semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus mengambil iktibar dan peringatan atas apa yang berlaku ini,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Oktober 2024, anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Bukit Aman, pada Jumaat.

Memetik laporan media, Razarudin berkata, kepimpinan pada semua peringkat perlu memastikan aspek penyeliaan membabitkan semua pegawai polis di bawah seliaan masing-masing dilaksanakan dan dipantau.

“Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap mana-mana pegawai polis yang didapati melanggar peraturan dan disiplin ditetapkan.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) juga akan lebih proaktif dalam mengambil tindakan mengesan salah laku pegawai polis.

“Tindakan tegas harus diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya mereka terbabit dalam gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, mahu pun lain-lain kesalahan berkaitan.

“Kepincangan yang berlaku tidak harus dipandang remeh, malah perlu dijadikan iktibar dan pastikan tidak berulang lagi.

“Arahan dan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa perlu diamati, dilaksanakan dengan berkesan dan sentiasa diperingatkan kepada semua,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK