Belanjawan 2025: Jangan pinggirkan industri hotel, hospitaliti sektor pelancongan

PUTRAJAYA – Belanjawan 2025 dilihat penting untuk mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menambah baik  hospitaliti sektor pelancongan lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026). 

Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel berkata, pembentangan Belanjawan 2025 esok diharapkan mempunyai impak positif untuk terus memajukan industri hotel dan pelbagai produk pelancongan.

Menurutnya, bajet yang dirancang secara holistik bukan sahaja akan meningkatkan pertumbuhan industri namun turut mengukuhkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terkenal seantero dunia.

“Kerajaan juga perlu memastikan pegawai yang berpengalaman dan berkelayakan mengetuai semua inisiatif di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memastikan VMY 2026 memberi pulangan kepada negara.

“Pegawai-pegawai ini bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan luas mengenai industri hospitaliti tetapi juga mengekalkan hubungan kukuh dengan semua pihak berkepentingan industri dalam dan luar negara,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, Ganesh berkata, MyBHA turut  mencadangkan kerajaan supaya meminda nilai ambang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tahunan membabitkan sektor itu kepada RM1.5 juta atau jumlah yang bersesuaian melalui Belanjawan 2025.

Katanya, sehingga kini nilai ambang SST ditetapkan adalah RM500,000 yang mana ia membebankan pengusaha hotel kecil dan sederhana.

“Penyesuaian ini akan mengurangkan tekanan kewangan ke atas pengusaha kecil dan sederhana serta membolehkan mereka melabur semula dalam perniagaan mereka.

“Ia penting dalam usaha meningkatkan pengalaman pelancong, dan menyumbang dengan lebih efektif kepada industri pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Seri Dr Mohd Khalid Harun berharap pemberian rebat cukai sebagai insentif tambahan kepada penganjur acara yang berjaya menarik kedatangan pelancong antarabangsa.

Jelasnya, langkah sedemikian akan meningkatkan daya saing Malaysia berbanding negara lain di rantau ini yang turut memberikan saingan sengit dalam promosi pelancongan.

“Kita mencadangkan kerajaan memperuntukkan dana tambahan untuk menaik taraf infrastruktur pelancongan di seluruh negara termasuk kemudahan awam di destinasi utama dan aksesibiliti di kawasan luar bandar yang berpotensi besar untuk ekopelancongan.

“Ia akan memberikan pengalaman pelancongan yang lebih baik kepada pelancong asing dan tempatan, sekali gus membantu meningkatkan daya tarikan destinasi Malaysia di mata dunia

“MATA juga menggesa kerajaan memperkenalkan langkah bantuan tambahan seperti pinjaman mudah kepada pemain industri pelancongan, pengecualian cukai pelancongan selama beberapa tahun, dan pelbagai insentif lain yang boleh membantu mempercepatkan pemulihan sektor ini,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan