Belanjawan 2025: Rumah kos rendah, PPRT, geran ICT antara dambaan rakyat

PULAU PINANG – Belanjawan 2025 bakal menyaksikan lebih banyak penambahbaikkan dalam pemantapan ekonomi rakyat, menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut beliau, Belanjawan 2025 merupakan kesinambungan supaya Malaysia dapat mencapai wawasan dalam kerangka Ekonomi Malaysia Madani.

Apa pendapat rakyat Pulau Pinang mengenai belanjawan 2025?

The Malaysia Press mendapatkan reaksi beberapa orang awam berkenaan pandangan dan harapan mereka dalam Belanjawan 2025 yang bakal dibentang beberapa hari lagi.

Mohd Amhari bin Ayob, 44 mengharapkan Belanjawan 2025 yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menambah baik bantuan yang sedia ada.

Beliau yang juga seorang pegawai di sebuah institusi kewangan di negeri ini berharap kerajaan dapat melaksanakan pelepasan cukai untuk individu dinaikkan dan dijadualkan semula.

“Ini juga adalah bukti bahawa kerajaan Madani tidak membebankan rakyat dengan cukai terhadap individu, malah memberi ruang untuk membuat pelarasan kepada pengurusan cukai mereka,” jelasnya.

Selain itu, Amhari juga berharap agar kerajaan Madani dibawah pimpinan Anwar Ibrahim dapat mempertambahkan lagi pembinaan rumah kos rendah dan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Majoriti rakyat ingin memiliki rumah sendiri daripada menyewa, namun agak sukar kerana harga rumah kebanyakkannya membebankan, tetapi dengan pembinaan rumah kos rendah dan rumah PPRT dengan seliaan kerajaan, saya yakin, rakyat mampu memiliki rumah sendiri,” jelasnya.

Seterusnya, The Malaysia Press juga berkesempatan menemuramah seorang usahawan yang tinggal di daerah Timur Laut negeri ini.

Muhd Syafuan Bin Harun, 35, berharap agar kerajaan dapat memperbanyakkan lagi geran untuk individu yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan ICT (Information and Communication Technology).

Jelasnya, dunia sekarang semakin maju kehadapan dan peranan ICT sangat penting untuk kemajuan sesebuah negara.

“Maka dengan itu, geran yang dicadangkan ini boleh membantu usahawan-usahawan ICT bergerak kehapan dan boleh membantu kerajaan balik dalam penguruan ICT, sebagai contoh, pengurusan AI (Artificial Intelligence) yang memerlukan kepakaran semua pihak untuk menggunakannya demi kebaikan negara.”

Akhir sekali, The Malaysia Press juga berjaya menemu ramay seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Kolej Komuniti Kepala Batas, Muhammad Shahmie bin Termizie, 19 tahun.

Selaku mahasiswa, Shahmie berharap agar Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajiann Tinggi dapat memperbanyakkan lagi program-program pembentukan modal insan untuk mahasiswa seluruh Malaysia.

“Saya berharap agar belanjawan kali ini dapat mempertingkatkan lagi penganjuran program untuk membentuk mahasiswa menjadi pemimpin pelajar yang adil dan beramanah,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, beliau yakin sifat terpuji ini dapat dibentuk sekiranya kerajaan dapat ketengahkn program-program murni ini di dalam belanjawan akan datang.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar