UPSI sedia bantu urus penghantaran pulang jenazah Nur Farah Kartini

SUNGAI BULOH – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak.

Wakil pihak UPSI yang enggan dikenali berkata, pihak pengurusan universiti akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah.

“Pihak pengurusan UPSI akan membantu meringankan bebanan keluarga mangsa menerusi sumbangan kos pengurusan penghantaran pulang jenazah arwah Nur Farah Kartini ke Miri, Sarawak.

“Bagaimanapun, perkara ini masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada akan dikebumikan di sini atau di Sarawak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini pada Selasa.

Terdahulu media melaporkan Nur Farah Kartini merupakan bekas pelajar UPSI yang cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

Pada Isnin, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, seorang suspek yang disahkan sebagai anggota polis dipercayai teman lelaki mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff