
LAHAD DATU – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Tasha Mohid Sahdan, berumur 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, remaja berkenaan merupakan warganegara Malaysia berbangsa Bajau dan kali terakhir diketahui berada di Kampung Tulibas Besar, Tungku.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Rizal Ibrahim di talian 019-3957703,” katanya, dalam kenyataan media, pada Isnin.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi IPD Lahad Datu menerusi talian 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



