RUU Mufti Wilayah 2024 pastikan jawatan mufti lebih teratur

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) yang bakal dibentang pada sidang Parlimen akan datang tidak akan memperluas dan meningkatkan kuasa mufti.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, ia sebaliknya bagi memastikan punca bidang kuasa mufti lebih teratur, jelas tanpa ada pertikaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh mereka, lapor Bernama.

Beliau berkata, rang undang-undang itu juga bagi membolehkan jawatan mufti mempunyai lebih ketertiban dan keteraturan daripada segi Perlembagaan serta undang-undang negara.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bahawa hampir semua fasal dan perkara yang terkandung dalam rang undang-undang itu hampir sama seperti Enakmen Fatwa Negeri Sabah berhubung mufti itu yang diluluskan pada 2004.

“Bermaksud Sabah sudah memiliki undang-undang serupa selama lebih 20 tahun. Sabah tak ada berubah daripada segi amalan ataupun kebebasan beragama, bagi yang bukan Islam kita lihat acara ataupun pesta dan keraian seperti Pesta Kaamatan masih dijalankan,” katanya selepas menghadiri Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares pada Sabtu.

Sebelum ini, Mohd Na’im Mokhtar berkata rang undang-undang itu akan dibentang untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang bermula pada 14 Oktober depan.

Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 2024 antara lain memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Waljamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al- Maturidiah.

Semalam, 14 kumpulan yang berpangkalan di Sarawak dan Sabah mendakwa rang undang-undang itu akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata.

Mereka juga mendakwa rang undang- undang itu melanggar Perjanjian Malaysia 1963 dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini.

Justeru, Fahmi meminta pihak yang mengeluarkan kenyataan negatif berhubung rang undang-undang itu agar meneliti semula sejarah undang-undang tersebut di Sabah.

“Jadi bagi mereka yang mengeluarkan tuduhan seperti ini, saya sarankan teliti balik sejarah (undang-undang ini di) Sabah yang sudah dibuat 20 tahun lalu, tiada sebarang kesan negatif.

“Sehubungan itu, jangan pandang serong dan perlu celik undang-undang. Kita mahu agama Islam bagi yang muslim bukan hanya untuk dihormati tetapi (juga) mahu dari segi undang-undang (ia) teratur,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok