Pengecualian penyasaran subsidi diesel Sabah, Sarawak bukan diskriminasi – Armizan

KOTA KINABALU – Pengecualian penyasaran subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak itu bukan satu tindakan diskriminasi, tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali. 

Armizan berkata, kerajaan ini terdiri daripada ahli-ahli Parlimen daripada seluruh negara dan Perdana Menteri juga dari Semenanjung, pastinya beliau tidak mahu mendiskriminasi rakyat di kawasan Parlimen beliau sendiri.

Menurutnya, kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak kerana keperluan dan keadaan  unik di kedua-dua negeri itu.

“Penyasaran itu dilaksanakan kerana melihat keadaan unik yang berlaku di Sabah dan Sarawak. 

“Kita juga melihat Sabah, Sarawak ini penggunaan kenderaan dengan bahan diesel ini, sebahagian besarnya bukanlah disebabkan oleh kehendak tetapi kerana keperluan atas faktor keadaan infrastruktur jalan raya dan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak perlu menggunakan kenderaan bahan api diesel ini.

“Orang tidak faham ini mungkin adalah jurang harga barang dan perkhidmatan yang cukup jauh di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, mereka harus faham harga ayam, harga daging harga perkhidmatan lain yang memang sebenarnya gaji kalau kerja sektor awam sama tapi kita terbeban di Sabah dan Sarawak ini, dengan jurang yang tinggi berbanding Semenanjung. 

“Oleh itu, kita harap mereka memahami, namun kita akan jawab kerana ia bukanlah diasaskan kepada tindakan diskriminasi,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya isu berkaitan writ saman berhubung pengecualian penyasaran subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak. 

Armizan mengesahkan telah menerima writ saman berhubung inisiatif kerajaan pengecualian subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak.

“Benar, selain menteri KPDN, turut dinamakan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta Kerajaan Persekutuan. 

“Saman ini adalah kerana kita dianggap tidak adil dan diskriminasi kerana tidak melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel itu di seluruh negara secara serentak.

“Kerajaan akan menjawab ini adalah polisi kerajaan yang diputuskan bersandarkan kepada fakta, penyasaran itu kita laksanakan di Semenanjung Malaysia belum lagi di Sabah dan Sarawak kerana kita ingin melihat dulu keberkesanan pelaksanaan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau persiapan Program Madani Rakyat Sayangi Sabah di perkarangan Kompleks Sukan Likas, di sini pada Sabtu.

Pada 7 September lalu, Azhani Marlan @ Abd Halim, 47 dan Mohd Hatta Sanuri, 48, selaku pemohon pertama dan kedua, memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman susulan tindakan Perdana Menteri dan tiga menteri Kabinet menyasarkan subsidi diesel bersasar dengan penetapan harga runcit RM3.35 untuk setiap liter, berbanding harga asal RM2.15 pada 10 Jun lalu.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat