2,255 angka kematian terbaharu Lubnan

BEIRUT – Angka kematian di Lubnan akibat serangan Israel yang bermula sejak 8 Oktober 2023, telah meningkat kepada 2,255, dengan 10,524 yang lain cedera, kata Kementerian Kesihatan Lubnan pada Sabtu.

Menurut kementerian itu, dalam serangan terbaharu 26 orang telah terbunuh dan 144 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor agensi berita Turki, Anadolu.

Sejak 23 September, Israel telah melancarkan serangan udara besar-besaran di seluruh Lubnan menyasarkan Hizbullah dan telah mengorbankan lebih 1,437 nyawa dan mencederakan 4,123 yang lain.

Terdahulu pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam dua serangan udara berasingan Israel di Gunung Lubnan pada Sabtu.

Serangan pertama menyasarkan sebuah apartmen di bangunan kediaman di bandar Barja, membunuh empat orang dan mencederakan 14 yang lain.

Serangan udara itu menandakan serangan pertama Israel ke atas bandar itu sejak bermulanya serangan, menurut media tempatan.

Serangan udara kedua melanda sebuah rumah di bandar Maaysrah, membunuh lima orang dan mencederakan 14 yang lain, kata Kementerian Kesihatan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000