Pencemaran bau berulang di Sungai Petani, 2 premis di beri notis

SUNGAI PETANI- Susulan aduan pencemaran bau secara berulang yang diterima, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah telah turun padang bagi menjalankan pemantauan pencemaran alam sekitar dan siasatan di sekitar daerah Kuala Muda, Kedah bermula lewat malam hingga awal pagi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pemantauan dan siasatan dipergiatkan berikutan terdapat banyak aduan awam berkaitan pencemaran udara dan bau yang kurang menyenangkan pada malam hari di sekitar Bukit Banyan dan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.

Katanya, pemantauan turut memberi fokus kepada kawasan-kawasan industri yang berpotensi mencemarkan alam sekitar iaitu Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawasan Perindustrian Taman Ria dan Kawasan Perindustrian Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

“Susulan siasatan yang dijalankan , JAS Kedah telah mengeluarkan 2 notis arahan pada 10 Oktober dibawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke atas 2 premis.

“Premis terlibat adalah sebuah premis menghasilkan arang yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah dan sebuah kemudahan pemerolehan kembali luar tapak di Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kedah untuk premis-premis tersebut menambah baik alat kawalan pencemaran udara dan meningkatkan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya lagi, Jabatan Alam Sekitar mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat dan menyeru orang ramai untuk bekerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan http:/eaduan.doe.gov.my.

Related Posts

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

TAWAU – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dijangka terus diberi keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2027 walaupun negara berdepan ketidaktentuan ekonomi global. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

SANDAKAN – Program ‘Car Boot Sale’ (CBS) di pusat bandar Sandakan dapat membuka peluang kepada peniaga tempatan dan golongan belia mencuba pendekatan perniagaan yang lebih santai, kreatif dan fleksibel. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua