Nilai mata wang ringgit dibuka tinggi

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada jam 8.04 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2820/2920 berbanding dolar AS daripada 4.2910/2940 semalam.

Inflasi keseluruhan AS mencatatkan 2.4 peratus tahun ke tahun pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.3 peratus.

Begitu juga, inflasi teras meningkat 3.3 peratus pada September berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.2 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kepada Bernama, sentimen pasaran kini berhati-hati berikutan ketidakpastian mengenai kadar penurunan kadar faedah AS atau penangguhan terhadap keputusan tersebut.

Dalam pada itu, katanya harga minyak mentah Brent kekal tinggi berikutan konflik ketenteraan antara Israel-Hizbullah/Iran yang boleh menjadi lebih besar.

“Sehubungan itu, kami percaya peniaga akan cenderung mencari perlindungan dalam mata wang selamat, terutamanya dolar AS berdasarkan ketidaktentuan yang meningkat,” katanya.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia tinggi berbanding euro kepada 4.6815/6924 daripada 4.6918/6951 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 2.8788/8858 daripada 2.8820/8842 dan meningkat berbanding pound kepada 5.5923/6054 daripada 5.6122/6161.

Related Posts

R&D Malaysia disasar beralih daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’

KUALA LUMPUR –Malaysia dalam proses beralih daripada pendekatan ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

PUTRAJAYA – Pasaran buruh Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan jumlah penerima gaji dan upah bulanan meningkat kepada 12.01 juta orang pada 2025 berbanding 11.96 juta orang pada 2024. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

‘Kahwin kampung’ tidak benar, pasangan dicekup berkhalwat

  • By Fatin
  • September 24, 2026
‘Kahwin kampung’ tidak benar, pasangan dicekup berkhalwat

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini