Sudut Bacaan Long Latei perlukan pembiayaan tetap, urus tadbir mampan

KUCHING – Kemudahan Sudut Bacaan Komuniti Long Latei di Ulu Baram memerlukan mekanisme pembiayaan dan urus tadbir yang tetap bagi memastikan ia terus berfungsi membekalkan bahan bacaan serta sumber pembelajaran kepada masyarakat Penan di kawasan pedalaman tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, kos operasi kemudahan berkenaan termasuk pemberian sagu hati kepada petugas tempatan selama ini sebahagian besarnya ditanggung menerusi sokongan peribadi beliau selaku wakil rakyat.

Menurutnya, penglibatan yang lebih tersusun daripada pihak kerajaan negeri dan Pustaka Negeri Sarawak amat diperlukan bagi memastikan kemudahan pendidikan itu dapat beroperasi secara mampan dalam jangka masa panjang.

“Daripada membiarkan inisiatif ini berdepan kesukaran akibat kekangan kewangan, kita perlu membina (kejayaan) atas apa yang telah dicapai dan memastikan perpustakaan ini dapat terus berkhidmat kepada masyarakat untuk tempoh yang panjang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, Dennis mencadangkan supaya kementerian yang berkaitan dan Pustaka Negeri Sarawak menilai kemungkinan untuk mengambil alih atau menguruskan kemudahan tersebut secara rasmi.

Ia termasuklah menyediakan peruntukan khusus untuk elaun petugas, penyelenggaraan bangunan, penambahan bahan bacaan dan perbelanjaan operasi keseluruhan.

Sebagai rekod, Sudut Bacaan Komuniti Long Latei yang ditempatkan di Pusat Perkhidmatan Luar Bandar (RSC) itu dibangunkan menerusi kerjasama Pustaka Negeri Sarawak, Pusat Khidmat ADUN Telang Usan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Long Latei, serta beberapa agensi yang lain.

Pada tahun 2024, kemudahan itu merekodkan penerimaan sebanyak 1,340 buah buku terpakai menerusi program sumbangan, manakala dua orang wanita tempatan yang dilatih sebagai petugas perpustakaan menerima elaun bulanan yang dibiayai sendiri oleh Dennis.

Beliau menegaskan, masyarakat di sana tidak memerlukan sebuah bangunan perpustakaan yang baharu sekiranya kemudahan sedia ada boleh terus dimanfaatkan dan diperkukuhkan.

“Apa yang paling diperlukan sekarang ialah satu mekanisme pengurusan dan pembiayaan yang mampan bagi memastikan kesinambungannya. Pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah pengurusan secara langsung oleh Pustaka Negeri Sarawak atau jalinan kerjasama rasmi dengan komuniti tempatan,” tambahnya.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Arkib peringatan perlu rangkum sejarah seluruh pelosok Sarawak – Royston

KUCHING – Usaha mengumpul dan memelihara sejarah Sarawak menerusi penubuhan arkib peringatan perlu dirangkumkan secara menyeluruh meliputi semua bahagian, daerah, bandar dan kampung supaya warisan masyarakat tempatan tidak hilang ditelan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Pendidikan Sarawak bakal ditubuhkan bagi selaras dasar pendidikan negeri – Abang Johari

KUCHING – Sarawak bakal menubuhkan Majlis Pendidikan Sarawak sebagai sebuah platform strategik bagi memperkukuh dan menyelaraskan dasar serta program pendidikan negeri secara lebih tersusun dan holistik. Premier Sarawak, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendigitalan warisan Sarawak perlu garis panduan, tadbir urus jelas

Pendigitalan warisan Sarawak perlu garis panduan, tadbir urus jelas

Kerajaan teliti langkah tambah baik gaji graduan

Kerajaan teliti langkah tambah baik gaji graduan

Arkib peringatan perlu rangkum sejarah seluruh pelosok Sarawak – Royston

Arkib peringatan perlu rangkum sejarah seluruh pelosok Sarawak – Royston

Majlis Pendidikan Sarawak bakal ditubuhkan bagi selaras dasar pendidikan negeri – Abang Johari

Majlis Pendidikan Sarawak bakal ditubuhkan bagi selaras dasar pendidikan negeri – Abang Johari

Jerebu: Semua sekolah di Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok

Jerebu: Semua sekolah di Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup esok

Jangan jadikan perbahasan Belanjawan 2027 sebagai pentas perebutan kuasa, cipta spekulasi

Jangan jadikan perbahasan Belanjawan 2027 sebagai pentas perebutan kuasa, cipta spekulasi