Jagjit Singh bersara selepas 42 tahun bersama ATM

TAWAU – Panglima 13 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas 42 tahun menabur bakti dalam pasukan itu.

Jagjit dilantik menjadi Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia bermula pada Januari 2025.

Beliau berkata, sepanjang menerajui 13 Briged, banyak pencapaian yang telah dicapai formasi berkenaan yang merupakan formasi termuda dalam Tentera Darat dan ditubuhkan pada 2019 susulan insiden Lahad Datu.

“Walaupun masih muda, 13 Briged berjaya digerakkan untuk melaksanakan tugas sebagai satu formasi menerusi Eksesais Satria Gagah dan Eksesais Satria Perkasa pada tahun lalu.

“Pada tahun ini, 13 Briged sekali lagi menguji keupayaannya menerusi Eksesais Keris Strike bersama tentera Amerika Syarikat (AS) dan Australia,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada media selepas Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 13 Briged di Padang Kawad Kem Kubota, Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), di sini, pada Selasa.

Menurutnya, 13 Briged turut berjaya membendung ancaman dan cabaran di perairan pantai timur Sabah dengan situasi keselamatan kekal terkawal sepanjang dua tahun lalu.

“Operasi keselamatan dilaksanakan di bawah 5 Divisyen secara berterusan, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan sepanjang tahun dengan pertukaran pasukan dilakukan setiap dua bulan.

“Operasi ini memang satu cabaran kepada kami kerana kami bertugas di kawasan sempadan dan mengawal pintu masuk sempadan negara.

“Sepanjang dua tahun lalu, tiada insiden penculikan untuk wang tebusan (kidnap for ransom) dilaporkan, sekali gus menunjukkan usaha kawalan keselamatan di pantai timur Sabah terus dilaksanakan menerusi kehadiran anggota tentera sepanjang masa termasuk di lokasi strategik dan pulau-pulau,” ujarnya.

Terdahulu, perbarisan berkenaan diketuai Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Peter Dunggi dengan kekuatan 15 pegawai dan 405 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar turut hadir menyaksikan penyerahan tugas kepada Panglima 13 Briged baharu, Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal Hashim.

Related Posts

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan peralatan pemantauan prestasi mampu meningkatkan keberkesanan latihan serta pembangunan bakat muda bola sepak Sabah. Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu

50 peserta kuasai kemahiran pemprosesan nanas, mampu jana sumber pendapatan baharu