Polis mohon bantu kesan remaja hilang sejak Ogos 2026

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki Tingkatan Empat yang dilaporkan hilang sejak 1 Ogos lepas.

Polis Daerah Kota Kinabalu menerusi Facebook rasminya memaklumkan, remaja berumur 16 tahun berkenaan dikenali sebagai Mirzany Sarie.

“Remaja itu keluar dari kediamannya di UUC Telipok, Jalan Kayu Madang, Menggatal, pada 1 Ogos 2026.

“Dia kali terakhir dilihat oleh pengadu pada 6 Oktober 2026, kira-kira pukul 3 petang di kawasan Pasar UUC Telipok,” menurut Polis Kota Kinabalu.

Difahamkan, Mirzany mempunyai susuk badan kurus, berkulit cerah, bermata hitam serta berambut hitam ikal dan pendek kemas selain tanda pengenalan khusus ialah parut panjang pada bahagian siku tangan kiri.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerusi talian 088-529222 atau Sarjan Salina Abu Rahman di talian 013-8601701.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu