Amerika digesa guna pengaruh laksana resolusi PBB

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) menggunakan pengaruhnya untuk melaksanakan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2735 (2024) dengan segera bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Sidang Kemuncak Asean-AS Ke-12 di Vientiane, semalam.

Perdana Menteri juga menyatakan penghargaan kepada peranan dimainkan AS dalam resolusi itu.

Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735 (2023) menggariskan cadangan tiga fasa oleh AS, yang menggesa kepada gencatan senjata segera, kekal dan berkesan.

Ia termasuk pembebasan tebusan, pertukaran tahanan warga Palestin dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, selain menggesa penyaluran bantuan kemanusiaan dengan segera dan tanpa halangan, serta pembinaan semula wilayah itu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengalu-alukan cadangan pelaburan sebanyak AS$14.7 bilion (RM63.08 bilion) oleh gergasi teknologi AS ke Malaysia dan berharap dapat memperkukuh kerjasama dalam industri yang sedang berkembang.

Syarikat gergasi membabitkan Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan delegasi AS ke Dialog Pegawai Kanan berikutnya di Putrajaya pada akhir Oktober ini, sempena sambutan ulang tahun ke-10 Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua negara Asean membangkitkan mengenai isu Gaza pada sidang kemuncak itu dan menggesa kekejaman serta pembunuhan rakyat Palestin dihentikan.

Beliau dan Perdana Menteri juga bertanya kepada pihak Blinken mengenai bila masalah dan pembunuhan rakyat Palestin, yang kini sudah merebak ke Lubnan boleh diredakan serta dihentikan.

“Bagaimanapun nampaknya, tiada jawapan konkrit yang boleh diberikan pihak Blinken dan beliau mengatakan semua pihak, termasuk AS mahu melihat peperangan ini tidak merebak dan dihentikan segera.

“Kita tahulah Israel yang begitu angkuh dan tidak mahu dengar cakap sesiapa, dan kita harap negara sekutu mereka yang membekalkan senjata kepada mereka ini sekarang fahamlah sifat sebenar orang Israel ini.

“Jadi, mereka yang membesarkan raksasa dan mereka harus mengawal raksasa mereka ini,” katanya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ada keperluan Akta Hasutan 1948 dimasuhkan segera – Hilman

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pemuda Bersatu, Muhammad Hilman Idham daripada tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam membuktikan wujud keperluan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan segera. Beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan