Belanjawan 2027 perkukuh keterjaminan makanan negara, sokong kelangsungan petani dan nelayan

KUCHING – Peruntukan sebanyak RM6.92 bilion kepada sektor agromakanan menerusi Belanjawan 2027 dilihat mampu memperkukuh rantaian bekalan makanan negara, selain menyokong kelangsungan produktiviti golongan petani dan nelayan tempatan.

Pengarah Borneo Institute of Sustainable Food & Agroindustry (BISFA) i-CATS University College, TS Dr Muhammad Norhelmi Ahmad berkata, belanjawan tahun ini yang mencatatkan peningkatan peruntukan sebanyak RM50.31 juta berbanding tahun lalu, memberikan tumpuan strategik kepada pengeluaran makanan domestik, khususnya industri padi dan perikanan.

Menurutnya, antara langkah penting yang menarik perhatian ialah penyediaan sejumlah RM2.62 bilion dalam bentuk subsidi dan insentif kepada pesawah, serta peruntukan khusus RM20 juta bagi membekalkan baja foliar untuk memulihkan lebih 10,000 hektar tanah sawah di seluruh negara.

“Usaha (pembajaan) ini amat penting bagi memastikan tanah sawah kekal produktif dalam jangka masa panjang.

“Namun, kita turut mencadangkan supaya pendekatan pertanian regeneratif diperluaskan dengan menggalakkan amalan pertanian bersepadu, serta penggunaan baja organik dan agen biobaja untuk mengekalkan kesuburan tanah secara mampan,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan The Malaysia Press (TMP) mengenai Belanjawan 2027 pada Selasa.

Beralih kepada sektor perikanan, Dr Norhelmi menekankan kepentingan industri akuakultur sebagai salah satu kaedah terbaik bagi mempelbagaikan sumber bekalan protein dan mengurangkan tekanan terhadap ekosistem perikanan laut terbuka.

Sehubungan itu, sokongan kerajaan yang menyediakan geran bagi projek akuakultur seperti sistem bioflok untuk ternakan ikan tilapia, berserta ketersediaan dana pembiayaan Agrobank berjumlah RM40 juta khusus bagi projek tersebut amat dialu-alukan.

Bagi aspek rantaian pemasaran pula, beliau menyifatkan langkah memperluaskan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar di 216 lokasi pasar tani dan pasar tamu di bawah kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai langkah yang tepat.

Jelasnya, inisiatif tersebut akan membuka ruang pasaran yang lebih luas untuk hasil pertanian tempatan dijual terus kepada pengguna akhir.

Secara keseluruhan, Dr Norhelmi melihat pendekatan holistik belanjawan tersebut berupaya memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara, sambil pada masa yang sama terus menjaga kebajikan komuniti pengeluar makanan domestik.

Related Posts

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen positif susulan pembentangan Belanjawan 2027. Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat sedikit kepada 4.0815/0900 berbanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminan komitmen kerajaan memperkasa ekonomi rakyat

PUTRAJAYA – Pembentangan Belanjawan 2027 mempamerkan usaha Kerajaan MADANI dalam mengurangkan beban kos sara hidup menerusi tiga pendekatan, iaitu meningkatkan bantuan tunai, mengurangkan perbelanjaan harian dan melaksanakan langkah percukaian lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

Belanjawan 2027: Kebajikan OKU, pendidikan khas, keluarga, pesawah terus dibela – Rohani

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari