Sisa makanan mampu jadi sumber ekonomi

KUCHING – Pertukaran sisa makanan menjadi sumber berharga menjadi pengubah keadaan dalam industri pengurusan sisa tersebut.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pengurusan sisa makananan menjadi agenda pembangunan negeri selaras Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 Sarawak.

“Daripada sisa makanan disia-siakan, kita dapat mengubah ia kepada sesuatu yang berharga dan menjadi sumber ekonomi,” ujar beliau.

Tambah beliau, kita tidak perlu lagi membina tapak pelupusan kerana sisa makanan mampu menjadi sesuatu yang dapat menghasilkan pendapatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fly Technology Agriculture Sdn Bhd bersama tujuh rakan strategik di TEGAS Digital Village pada Khamis.

Sementara itu, Sim juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, MoU juga menjadi saksi inovasi pertanian dan pengurusan sisa.

“Kita mahu memastikan generasi pada hari ini dapat meninggalkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Le Khere Chiang, Pengarah Urusan FTA Jeff Wee serta tetamu kehormat yang lain.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok