‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

KUALA LUMPUR –  Hasil keuntungan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) wajar dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat, bukannya diselewengkan demi kepentingan peribadi, kata Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengingatkan kerajaan agar tidak membebankan ‘angsa emas’ negara seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan keputusan politik

“Kalau kita lihat kerajaan terdahulu, sebenarnya memang banyak angsa bertelur emas ini, tetapi sebelum disembelih itu, telur emas masuk poket sendiri. Itu salah dan saya tidak setuju.

“Tetapi kalau keuntungan itu digunakan kembali untuk rakyat, tiada masalah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menyuarakan kekecewaan terhadap perbahasan Ketua Pembangkang yang didakwa banyak memperlekehkan istilah berkaitan wahana nasional, selain mempersoalkan hala tuju cadangan penggunaan keuntungan syarikat milik kerajaan untuk membantu rakyat.

“Apa salahnya, sebagai contoh, Petronas membantu membiayai rumah murah atau rumah mampu milik? Peruntukan itu dikeluarkan untuk kepentingan rakyat dan kita perlu menyokong usaha ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan entiti milik kerajaan bagi memperkukuh pengurusan syarikat milik kerajaan dan badan berkanun, khususnya dalam aspek pengurusan wang serta aset awam.

“Sebagai salah seorang anggota PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara), saya berpeluang melihat sendiri pelbagai isu yang melibatkan pengurusan wang awam. Pengalaman ini memberi kefahaman lebih jelas bagaimana pematuhan tatakelola, pemantauan dan sebagainya boleh membuka ruang kepada ketirisan dan pembaziran.

“Contohnya skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan pelbagai lagi yang melihat betapa besarnya implikasi ketirisan tatakelola kepada ekonomi negara

”Justeru, saya berharap RUU yang digubal nanti diperkukuh dan setiap kelemahan diperbaiki sebaiknya,” katanya.

Tambahnya, budaya akauntabiliti perlu diterapkan dalam setiap lapisan pengurusan supaya wang dan aset awam diurus secara bertanggungjawab.

Mengakhiri perbahasannya, beliau menegaskan bahawa jumlah peruntukan yang besar tidak semestinya menjamin manfaat maksimum kepada rakyat sekiranya pengurusan tidak cekap.

“Sebesar mana pun peruntukan, semuanya bergantung kepada kecekapan, usaha membendung ketirisan dan memastikan wang awam digunakan secara berhemah,” katanya.

Related Posts

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

KUALA LUMPUR – Hubungan akrab antara Malaysia dan Jordan berpotensi besar untuk terus diperkukuh melalui pelbagai kerjasama dua hala, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan, pendidikan, pembangunan kemahiran dan industri halal.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

Guru rempuh dua pelajar hingga maut didakwa esok

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

‘Telur emas’ perlu dikongsi dengan rakyat, bukan masuk poket sendiri – Dr Zaliha tegur Hamzah

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar

Kembalikan GST bukan sekadar kutip hasil, enam perkara perlu diberi perhatian – Pakar