Sultanah Kelantan berkenan nama dipaten pada bunga orkid

KOTA BHARU – Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra berkenan memilih nama baginda untuk dipatenkan sebagai nama bunga orkid iaitu Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra.

Paten itu dibuat secara rasmi untuk Sultanah Kelantan oleh kerajaan Kelantan dengan Persatuan Hortikultur Diraja selaku pihak berkuatkuasa pendaftaran kacukan orkid antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom pada 4 Oktober lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata bunga berkenaan dipilih sendiri oleh Sultanah Kelantan selepas dipersembahkan beberapa pilihan termasuk nama.

“Bunga orkid berkenaan ialah bunga antarabangsa dan ia tidak boleh didaftarkan secara sembarangan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pesta Flora Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 di Taman Perbandaran Tengku Anis di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Sultanah Nur Diana berkenan merasmikan pesta flora tersebut dan baginda turut meluangkan masa hampir dua jam melawat tapak pameran.

Orkid Vandachostylis Sultanah Nur Diana Petra telah dihasilkan daripada kacukan Vandachostylis Prapawan sebagai induk betina dengan Vanda Ratchaburi Blue sebagai induk jantan yang dilakukan pada Julai 2021 dan berbunga buat kali pertama pada 8 Mac lepas.

Bunga itu berwarna ungu biru dan merah manggis (maroon) dengan bahagian bibir (leballum) berwarna putih.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara