Tenaga elektrik: Malaysia jimat RM2.21 bilion setakat Jun 2024

MALAYSIA mencapai 5.82 peratus penjimatan tenaga elektrik bersamaan 8,769 Gigawatt jam (GWj) dengan nilai RM2.21 bilion setakat Jun 2024.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia merupakan pencapaian penting dalam usaha negara mengurus kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga.

“Ini adalah kemajuan besar memandangkan kita menyasarkan untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik sebanyak 8.0 peratus.

“Ia menyumbang pengurangan keseluruhan sebanyak 38 juta tan karbon dioksida bersamaan pelepasan GHG dan dijangka menjimatkan elektrik kira-kira 52,000 GWj menjelang 2025,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra), Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam ucapan perasmian persidangan Enlit Asia 2024, di ibu negara, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Petra berkata, pencapaian ini disokong oleh program dan inisiatif seperti Standard Prestasi Tenaga Minimum (MEPS), audit tenaga dalam sektor komersial dan perindustrian dan program pelabelan Indeks Tenaga Bangunan (BEI), yang menghasilkan penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon yang tinggi.

Jelasnya, Malaysia akan mengembangkan kapasiti tenaga boleh baharunya (TBB) dan baru-baru ini membenarkan eksport TBB dan perdagangan tenaga rentas sempadan bagi mencapai kapasiti terpasang sebanyak 70 peratus.

Awal tahun ini, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Energy Exchange Malaysia (Enegem) untuk jualan elektrik hijau rentas sempadan ke negara jiran.

“Kami percaya platform Enegem akan membolehkan Malaysia mengukuhkan lagi rangka kerja penyepaduan elektrik rentas sempadannya sambil membuka jalan bagi pembangunan TBB yang lebih besar dan kerjasama serantau dalam perdagangan tenaga rentas sempadan antara negara-negara Asean,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan TBB Malaysia dijangka terus meningkat, merangsang pelaburan di seluruh rantaian TBB dan mempelbagaikan program TBB negara melalui prinsip “willing buyer-willing seller” (jual beli suka rela).

Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (Cress) telah diperkenalkan untuk meningkatkan akses korporat kepada bekalan elektrik hijau.

Di bawah program Cress, penjana TBB dan syarikat korporat yang layak boleh mengatur bekalan elektrik hijau dengan syarat-syarat yang dipersetujui melalui sistem bekalan sedia ada.

Fadillah berkata, pencapaian ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memacu peralihan tenaga, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi di seluruh rantau Asean.

“Kita perlu menyedari bahawa tiada satu entiti atau negara boleh mencapai tugas besar ini seorang diri. Perkongsian dan kerjasama yang kukuh merentas sempadan, industri dan sektor adalah penting,” katanya.

Related Posts

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

PEMILIHAN Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilihat bertepatan dengan keperluan memperkukuh kawalan pintu masuk negara, khususnya dalam membanteras kegiatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), CP Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain membuat laporan polis susulan penularan video yang memaparkan beliau ketika menjalankan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini