New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang mengaitkan beliau dengan ajaran New Age Movement (NAM).

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, sesi berkenaan turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Akar Akidah JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan perkara tersebut diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM.

Menurut beliau, hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah pun diberikan.

“Ini termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan serta pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM kekal konsisten dan tegas dalam menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Tambah Sirajuddin, penekanan turut diberikan agar sebarang kandungan atau pendekatan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap akidah diperbetulkan dan dimurnikan.

“Selain itu, pngisian berkaitan agama perlu sentiasa berasaskan disiplin ilmu Islam dan mendapat pandangan pihak berautoriti,” katanya.

Terdahulu, terdapat halaman Facebook atas nama Masyitah Ashari mendakwa Marhamah terlibat dalam ajaran NAM yang menurut sejumlah tokoh agama sebagai bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Related Posts

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

KUALA LUMPUR – Pasport Malaysia melonjak ke kedudukan kedua dunia dalam penarafan The Passport Index Global Ranking 2026, meningkat satu anak tangga berbanding tempat ketiga tahun lalu. Menurut Jabatan Imigresen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Mekanik direman, siasatan kes bayi dalam loker asrama diperluas

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia

Pasport Malaysia melonjak ke tangga kedua dunia