Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata,  individu itu melibatkan bekas pengurus besar FELDA dan bekas ketua pegawai eksekutif FELDA Investment Committee atau FELDA Investment Commission.

“Bekas pengurus besar FELDA itu akan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan pertuduhan itu akan didaftarkan di mahkamah pada tarikh 30 September ini.

“Bekas CEO Felda Investment Committee pula akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417, dengan pertuduhan itu akan berlangsung pada tarikh 29 September,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5, pada Jumaat.

SPRM minggu lalu mencadangkan pertuduhan terhadap dua bekas pengurusan kanan FELDA berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan KLVC.

Related Posts

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak tidak mempolitikkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan, sebaliknya menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu dan memastikan sebarang pertikaian diselesaikan mengikut lunas undang-undang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

KOTA KINABALU – Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2027 diharap sekurang-kurangnya dikekalkan pada kadar semasa atau ditingkatkan berdasarkan kemampuan kewangan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

AMK mahu kemelut institusi diraja Negeri Sembilan diselesaikan ikut undang-undang

Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Kapasiti asrama SMK Majakir meningkat kepada 300 murid

Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Lapan laluan Bas.My dijajar semula, liputan capai 70 peratus kawasan utama DBKK

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Living Lab berpotensi jadi model pembangunan komuniti Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Belanjawan 2027: Dana pembangunan Sabah, Sarawak perlu ditingkatkan

Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun

  • By Ezmie
  • September 26, 2026
Baki RM900 juta Pemberian Khas Sabah dijangka dibayar sebelum hujung tahun