Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berubah.

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kenyataan tujuh halaman dikeluarkan Ismail hari ini panjang menyentuh soal adat, Perlembagaan, mandat rakyat dan bidang kuasa, namun persoalan paling asas mengenai pendiriannya sendiri masih belum dijawab.

Menerusi hantaran di Facebook, Tengku Zafrul berkata, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos lalu sebelum menandatangani Surat Cara Proklamasi berkaitan penurunan takhta baginda sehari kemudian.

“Namun lebih sebulan selepas tandatangan itu, pada 6 September, Ismail masih menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Pada 9 September, dia berkata tandatangan pada proklamasi itu dibuat tanpa rela hati dan secara paksaan. Dia juga membuat laporan polis,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan negeri ketika itu turut berpendirian bahawa proklamasi berkenaan tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan.

Bagaimanapun, menurut beliau, pada 15 September, mesyuarat Exco yang dipengerusikan Ismail kemudiannya dikatakan membuat keputusan sebulat suara bahawa proklamasi tersebut sah dan berkuat kuasa.

“Betulkah anda dipaksa menandatangani proklamasi pada 3 Ogos? Jika benar, siapa yang memaksa anda?

“Jika pada 6 September anda masih menyatakan sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz, dan pada 9 September mendakwa proklamasi itu ditandatangani secara paksaan, apa yang berubah sehingga Exco pada 15 September mengambil pendirian bahawa proklamasi itu sah?” soalnya.

Tengku Zafrul turut mempersoalkan sama ada perubahan pendirian berkenaan berpunca daripada sebarang tekanan serta pihak yang ditemui Ismail dalam tempoh tersebut.

Katanya, perkara itu bukan persoalan kecil apabila seorang Menteri Besar mendakwa dipaksa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Raja, membuat laporan polis dan secara terbuka menyatakan sokongan penuh serta taat setia kepada Tuanku Muhriz.

“Tidak sampai 10 hari kemudian, kerajaan yang dipengerusikannya mengesahkan proklamasi itu dan meminta proses pewartaannya diteruskan.

“Apa yang sebenarnya berubah antara 9 dan 15 September? Datuk Ismail, apa yang sebenarnya berubah?” katanya.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan mengingatkan semua pihak supaya tidak mengalihkan isu daripada persoalan utama membabitkan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, institusi Undang dan Adat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia