Jaringan 23,580 rakan industri perkukuh kebolehpasaran graduan POLYCC

KOTA KINABALU – Jaringan strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dengan 23,580 rakan industri di seluruh negara membantu memperkukuh keupayaan graduannya memenuhi keperluan pasaran kerja.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab berkata, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.

“TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya merupakan pemacu penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.

“Keupayaan graduan POLYCC memenuhi kehendak pasaran kerja turut diperkukuh melalui jaringan strategik bersama 23,580 rakan industri di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Sabah 2026 Sidang 3 di Politeknik Kota Kinabalu, pada Rabu.

Mohd Razali turut menggesa graduan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan serta meneroka peluang dalam bidang masing-masing.

Pada sidang itu, seramai 328 graduan diraikan, terdiri daripada 257 lulusan Politeknik Sandakan Sabah (PSS) dan 71 lulusan Politeknik Tawau Sabah (PTS).

Mereka merupakan lulusan Diploma Agroteknologi, Diploma Akuakultur, Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Pelancongan Rekreasi.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia