Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan digantung tugas – Ismail

SEREMBAN – Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa walaupun Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan penggantungan tugas dua pegawai kanan kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, MMKN secara sebulat suara bersetuju menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal.

Katanya, langkah itu tidak menjejaskan kelangsungan pentadbiran negeri kerana pegawai lain sudah ditetapkan untuk menjalankan tugas kedua-dua jawatan berkenaan.

“Notis penggantungan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Seterusnya, notis penggantungan Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan akan dimaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Ismail berkata, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali, akan menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga Setiausaha Kerajaan Negeri baharu dinamakan Ketua Setiausaha Negara.

Bagi tugas memberikan nasihat perundangan negeri pula, katanya, ia akan dilaksanakan peguam bela dan peguam cara, Fahmi Adilah, sehingga Penasihat Undang-Undang Negeri baharu dinamakan Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut mengesahkan semua jawatan Ahli MMKN atau Exco negeri masih kekal dan sah.

“Saya juga mengesahkan bahawa semua jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah masih kekal dan sah.

“Pada masa yang sama, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berjalan seperti biasa dan amanah kepada rakyat akan terus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika krisis institusi diraja dan pentadbiran Negeri Sembilan berlarutan sejak April lalu.

Krisis bermula selepas Undang Yang Empat mengumumkan proklamasi menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Semalam, Tuanku Muhriz pula membatalkan pelantikan semua Ahli MMKN atau Exco kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati semua Exco terbabit memungkiri sumpah jawatan mereka.

Beliau berkata, Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memperuntukkan seseorang Exco memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.

Bagaimanapun, Ismail mendakwa tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Exco tanpa nasihat atau permintaan daripada Menteri Besar adalah kekhilafan dari sudut perundangan, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.

Menteri Besar itu turut mendakwa beliau tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung pemberhentian mana-mana Exco kerajaan negeri mengikut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari